7 Perkara Yang Anda Perlu Jangkakan Untuk Perlawanan Pembukaan EPL

Esok bakal menyaksikan 20 pasukan dalam Liga Inggeris akan berentap untuk musim 2017/2018. Signifikan untuk dikatakan, inilah liga terbaik yang menyaksikan aksi-aksi serangan pantas dan keputusan yang sangat mendebarkan pada peminat sukan bolasepak seluruh dunia. Mari kami kupaskan untuk anda apa yang perlu anda jangkakan berlaku pada perlawanan pembukaan ini.


#1 Tottenham Hotspurs meneruskan momentum



Pada 2 perlawanan terakhir musim lepas, Spurs menang ke atas Leicester dan Hull City dengan jaringan 6-1 dan 7-1 dan kelihatan seperti sangat bernafsu tidak seperti musim 2015/2016 dimana mereka tewas dengan jaringan 5-1 pada perlawangan terakhir mereka. Skuad kendalian Mauricio Pacchetino ini merekodkan 12 kemenangan dari 13 perlawanan terakhir mereka membuktikan mereka masih konsisten dengan kedudukan mereka sebagai tempat kedua musim lepas. Skuad yang mempunyai jentera serangan yang jitu diterajui oleh Harry Kane sebagai pemain terbaik musim lepas dan di bantu oleh kekentalan pertahanan mereka diterajui Toby Alderweireld, dimana hingga ke hari ini masih tidak menyertai kelab-kelab gergasi mereka untuk membeli pemain bintang dan hanya menjual seorang pemain sahaja iaitu Kyle Walker namun beliau lebih memanaskan bangku simpanan di akhir-akhir perlawanan Spurs. Newcastle seharusnya berwaspada dengan amukan Spurs musim ini.

#2 Arsenal Perlu Menang





Kelihatan sangat mengarut untuk mengharapkan perlawanan permbukaan sebagai perlawanan wajib menang namun Gunners harus menggunakan peluang ini untuk mengutip mata-mata awal kerana skuad ini sering terlalai dan mudah dikalahkan dikala mereka kurang bersedia. Dengan pembelian bintang sensasi Perancis, Alexandre Lacazette, Arsenal harus memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri untuk 3 perlawanan pertama di Emirates kerana 3 perlawanan pertama mereka ialah Leicester, West Brom dan Bournemouth manakala 3 perlawanan di tempat lawan pula ialah Chelsea, Liverpool dan Stoke. Anda rasa? Mengarutkah menjadikan perlawanan ini wajib menang?.

#3 Awasi Hernandez dan Arnautovic



Boleh dikatakan West Ham adalah kelab paling berjaya dalam pembelian pemain pada awal musim ini. Dengan kehadiran pemain bintang Mexico, Chicaritto dan bintang panas Marco Arnautovic, skuad Red Devils seharusnya berwaspada dengan serangan West Ham. Meskipun skuad West Ham ini tidak begitu baik pada musim lepas, namun rekod pertemuan di tempat lawan bagi West Ham sangat baik jika ditolak dari 6 kelab teratas liga musim lepas dengan mencatatkan 6 kemenangan. Dengan mengamalkan permainan serangan balas pemain lincah seperti Hernandez dan pemain yang licik dan pantas Arnautovic pasti boleh mengucar-kacirkan pertahanan Man Utd. Skuad Man Utd sejak ketiadaan pengurus legenda Ferguson, dilihat masih gagal bertahan dengan baik ketika zaman kegemilangan beliau.

#4 Ruang Pemain Muda bagi Peps



Selepas penjenamaan semula skuad simpanan Man City sebagai Skuad Pembangunan Elit, Pep Guardiola bakal meneruskan misi-misi beliau seperti kelab-kelab yang pernah beliau uruskan. Pemain seperti Sergio Busquets, Thiago Alcantra, Kingslew Coman adalah bukti Peps sangat bijak menggilap bintang harapan bagi sesebuah skuad. Namun tekanan di Liga Inggeris ini dan tekanan untuk memenangi trofi serta untuk membahagikan skuad senior dan muda adalah cabaran getir buat Peps. Dengan pemain seperti Brahim Diaz dan Phil Foden yang beraksi cemerlang di perlawanan pra-musim, para peminat Man City pasti mengharapkan skuad terbitan akademi mereka dapat menyinari saingan Liga Inggeris musim ini.

#5 Adakah permulaan baik untuk Liverpool?



Musim lepas Liverpool bermula sangat cemerlang dengan menewaskan Arsenal, Tottenham, Leicester dan juga Chelsea namun menjadi longlai pada pertengahan liga. Skuad kendalian Jurgen Klopp juga gagal menandatangani mana-mana pemain pertahanan untuk menguatkan bahagian itu yang dikatakan ramai sebagai punca kejatuhan mereka musim lepas. Ditambah pula pemain bintang handalan mereka Coutinho cuba dipancing skuad gergasi dari Catalan, Barcelona, Klopp juga harus bimbang dengan kekuatan yang Watford bina dalam pembelian pemain musim ini. Tom Cleverly, Will Hughes dan Nathaniel Chalobah, skuad yang dikendalikan pendatang baru Marco Silva pasti boleh mencuri mata dengan skuad The Reds ini.

#6 Kubu Kental Goodison



Dibarisi dengan pemain baru seperti Michael Keane dan Jordan Pickford serta Davy Klaasen, skuad ini diatas kertas nampak seperti skuad yang lengkap. Kembalinya Wayne Rooney ke Everton dan pemain muda baru Sandro Ramirez yang mempunyai musim yang hebat di atas resume beliau menambahkan kekuatan skuad kendalian Ronald Koeman ini. Meskipun kehilangan penyerang prolifik mereka Romelu Lukaku, namun Koeman seolah-olah membina skuad dengan pengalaman serta eksperimentasi yang ditambah dengan ramai pemain muda pada musim lepas. Stoke City dengan kehilangan banyak pemain utama mereka seperti Arnautovic, Walters, dan Bardsley, akan menghadapi kesukaran jika Everton berjaya mencapai rentak kemenangan pada perlawanan pembukaan liga esok.

#7 Mampukah Morata Mengganas



Pembelian sensasi penyerang baru mereka, Alvaro Morata dari Real Madrid bakal menjadi titik punca skuad The Blues untuk memulakan langkah mempertahankan kejuaraan mereka musim lepas. Dengan harga antara yang termahal di dunia, pasti peminat-peminat Chelsea mahu melihat penyerang ini menggantikan Diego Costa yang amat berbisa musim lepas. Ini ditambah pula dengan kecederaan Eden Hazard yang mungkin tidak dapat beraksi dalam perlawanan awal musim ini, beban seharusnya dirasai Morata dan juga Conte. Namun pembelian seperti Bakayoko pasti mampu menutup ruang di bahagian tengah meskipun skuad mereka tidak nampak gah seperti pertenganan musim lepas.

Comments