Dunia sudah semakin maju, dan kini sudah ada motor terbang aka hoverbike dari Aerofex. Dengan menggunakan kuasa angin seperti hovercraft. Anda tidak perlu lagi risau tentang tayar pancit lagi.
Hoverbike ini mampu dinaiki dua orang seperti motor biasa dan boleh terbang setinggi hingga 10 kaki. Dengan kelajuan 45 batu/jam dan menggunakan minyak biasa, ia boleh digunakan di kawasan lapang seperti padang pasir atau taman permainan yang luas. Ia dilengkapi dengan satu bar kawalan dan kipas hoverbike ini diperbuat dari gentian fiber agar ia ringan dan berat keseluruhan yang boleh ditampung ialah 140kilogram.
Hoverbike ini turut dilengkapi 4 buah tayar sekiranya kuasanya untuk terbang habis dan ia tidak memerlukan landasan untuk terbang atau mendarat. Dan anda tidak perlu risau kerana ia juga mempunyai 'airbag'. Tidak diketahui bila ia akan tiba di Malaysia namun harganya ialah USD 85000 (RM 363000).
Kredit : Aerofex.com
Comments
Post a Comment