Anda tahu dari mana datangnya nama IKEA?
Tempat yang korang nak sangat pergi tiap kali dapat gaji. Tempat yang menawarkan perkakas-perkakas rumah dan rekaan perabot yang sungguh menarik hati para wanita khususnya.
Berbunyi macam menarik sahaja bukan tentang namanya tetapi sebenarnya jawapannya sangat mudah. Ia diambil dari akronim, terdiri daripada Ingvar Kamprad Elmtaryd Agunnaryd.
Ingvar Kamprad merupakan pengasas IKEA memulakan syarikatnya sejak beliau berumur 17 tahun setelah bapanya memberi wang pada beliau setelah mendapat keputusan yang cemerlang ketika di sekolah. Beliau menggabungkan inisial I dan K untuk awalan huruf kemudian ditambah dengan Elmtaryd yang diambil dari nama ladangnya dan Agunnaryd dari nama kampungnya. Dan kemudian terlahirkah IKEA.
Di Malaysia sudah ada dua cawangan IKEA iaitu di Damansara dan Cheras dan satu lagi cawangan yang masih dalam proses pembinaan di Johor Bahru.
Comments
Post a Comment