Tahukah anda, kita yang masih didalam kancah ketidakstabilan ekonomi dan politik negara, kuasa-kuasa besar dunia sudah mula bergolak dan berantakan. Dengan krisis di Syria, Turki dan yang paling hangat di antara Korea Utara dan Amerika Syarikat, topik nuklear sudah menjadi senjata utama bagi negara-negara besar tersebut.
Sejarahnya bermula pada bulan Julai 1945, Amerika Syarikat telah menjalankan ujian nuklear pertama yang dinamakan 'Trinity' Projek ini dijalankan bagi menghadapi Perang Dunia Kedua dan ujian ini dilakukan di New Mexico, Amerika Syarikat. Di penghujung Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menjatuhkan dua bom nuklear di Hiroshima dan tiga hari kemudian di Nagasaki. Itulah kali pertama dan kali terakhir bom nuklear digunakan dalam peperangan.
Sejak dari itu, lebih 2000 ujian nuklear dijalankan oleh 8 negara di seluruh dunia. Pada tahun 2009, Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan 29 Ogos sebagai Hari Antarabangsa Menentang Ujian Nuklear. Namun, sejak tahun 1998, hanya Korea Utara negara yang masih menjalankan ujian nuklear hingga ke hari ini. Kami paparkan gambaran rupa ujian nuklear sejak dari mula lagi. Hadam!
Gambar diatas merupakan ujian nuklear pertama yang dinamakan Trinity di New Mexico tahun 1945.
Ini pula dinamakan sebagai 'Operation Crossroads' yang dijalankan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1946.
Ini pula ujian nuklear yang dijalankan pihak Soviet yang dinamakan 'First Lightning' pada tahun 1949 di Kazakhstan.
Ujian ini pula dijalankan di Nevada, dimana anggota tentera ini berada kira-kira 6 batu dari tapak letupan dan merupakan ujian nuklear pertama Amerika Syarikat yang dijalankan di atas darat.
Ujian ini juga dijalankan di Nevada pada tahun 1952 dan dinamakan 'Operation Tumbler-Snapper'.
Ujian ini pula dijalankan pada tahun 1953 juga di Nevada dan dinamakan 'Operation Upshot-Knothole.
Ujian nuklear ini dinamakan Castle Romeo dan merupakan siri ujian termonuklear oleh Amerika Syarikat.
Ini pula gambar ujian nuklear pertama Britain pada tahun 1957 yang dinamakan 'Operation Gripple'.
Ini pula rakaman oleh pihak kerajaan Amerika Syarikat bagi merakam ujian nuklear mereka pada tahun 1957.
ini pula dinamakan 'Operation Priscilla' pada tahun 1957
Gambar ini diambil dari kapal selam USS Carbanero pada tahun 1962 dan dinamakan Operation Dominic.
Ini pula ujian nuklear pertama negara China pada tahun 1964 yang dijalankan di Gurun Takala Makan. Jangan pelik nama gurun ini, google map sendiri.
Ujian nuklear ini pula dijalankan negara Perancis pada tahun 1971.
Disini merupakan tempat ujian negara Perancis bagi 193 bom nuklear sejak dari tahun 1966 hingga 1996.
Ini pula ujian nuklear yang dijalankan oleh negara India yang dijalankan didalam tanah pada tahun 1974.
Orang ramai menyaksikan Pyongyang menjalankan ujian nuklear berdekatan landasan api di Korea Utara.
Comments
Post a Comment