Berapa Kerap Anda Harus Tukar Span Anda?

Jangan risau, kami tidak akan menilai anda. Fakta mengejutkan ini datang dari kajian yang oleh sebuah universiti di Australia. Kajian mereka mendapati kita sewajibnya menukar span membasuh pinggan anda seminggu sekali!



Pernahkan anda membayangkan span anda menyental sisa-sisa makanan anda dari pinggan dan cawan serta periuk memasak anda, sepanjang hari dan meskipun anda membasuh dengan sabun yang banyak ia masih mengandungi kandungan bakteria yang sangat banyak. Malahan kajian itu menunjukkan kandungan bakteria itu membiak pada span anda.


'Span dapur bukan sahaja bertindak sebagai takungan mikroorganisma, tetapi juga sebagai penyebar ke atas permukaan domestik, yang boleh membawa kepada pencemaran tangan dan makanan silang, yang dianggap penyebab utama penyakit yang ditanggung oleh makanan. " menurut sumber kajian mereka. Jijik bukan?



Namun, mereka tidak dapat menyimpulkan berapa kali anda harus menukar span anda kerana meskipun seminggu sekali anda tukar, ia masih kotor dan kajian itu turut tidak dapat memberi jawapan pengganti untuk menggantikan kejijikan ini.




Comments