Cara-cara Untuk Dapatkan Laporan CCRIS Dari Rumah



Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau dalam Bahasa Malaysia dipanggil Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat ini adalah sistem komputer berpengkalan data berpusat yang menyimpan maklumat kredit kira-kira 9 juta peminjam wang di seluruh Malaysia. Ramai menganggap CCRIS ini yang menolak permohonan pinjaman, tidak kiralah pinjaman peribadi, PTPTN, pinjaman perumahan mahupun pinjaman kereta namun tanggapan itu salah. CCRIS hanya menyimpan laporan kredit seseorang itu sekiranya seseorang individu itu pernah melakukan aktiviti peminjaman wang dan CCRIS akan melaporkan kemampuan individu tersebut untuk menjelaskan pinjaman.

Untuk anda mendapatkan laporan CCRIS, anda tidak perlu lagi ke Bank Negara Malaysia walaupun sudah ada MRT, semuanya hanyalah dihujung jari anda dengan harga RM 10.00 sahaja. Mari kami tunjukkan caranya.

Pertama, anda harus pergi ke RAM CI Mycredit Info (www.mycreditinfo.com.my) ini seperti gambar dibawah, anda perlu mendaftar dengan kad pengenalan anda sendiri dan email akan dihantar pada anda untuk tujuan pengesahan



Seterusnya, anda perlu isi butiran peribadi anda, jangan salah isi. Mycreditinfo ini juga akan menghantar kod ke telefon pintar anda untuk tujuan pengesahan.Segala butiran tentang maklumat pinjaman anda juga akan diminta dan akhir sekali tekan butang 'Submit'




Usai sudah anda 'Submit', anda boleh mendapatkan laporan CCRIS anda dengan harga tertera dibawah. 


Dengan pelbagai jenis cara bayaran, anda boleh pilih dari mana-mana institusi perbankan yang anda miliki. Proses ini sama sahaja seperti anda membeli barang di Lazada, Zalora dan lain-lain.

Anda akan menerima laporan CCRIS anda dalam bentuk ini






Comments