Graham Person: Pemenang Anugerah 'Design Of The Year 2017'

Bagi tahun 2017, pelbagai jenis rekacipta telah dicipta namun Graham Person telah menambat hati para juri untuk anugerah 'Design Of The Year 2017'. Beliau ialah sebuah arca yang menggambarkan impak bagaimana seseorang manusia apabila ditimpa kemalangan berimpak rendah.





Ini merupakan rekacipta diilhamkan dari Suruhanjaya Kemalangan Jalanraya Victoria, Australia dan dibantu oleh artis dari Melbourne, Patricia Paccinini, pakar bedah trauma terkemuka, Christian Kenfield dan pakar ahli siasatan kemalangan Dr David Logan. Dengan berat 200 kilogram, ia dicipta menggunakan gentian kaca silikon, konkrit, rambut dan keluli. Tengkoraknya diperbesarkan dan diisi dengan cecair cerebrospinal dan ligamen bagi melindungi otak dan leher yang merupakan bahagian paling lemah dalam manusia telah dikeluarkan bagi membuktikan teori pelanggaran berimpak rendah ini.

Rusuknya yang kelihatan keluar hanya sedikit kerana impak dari beg udara kereta dan kakinya direka terkeluar dari sendi. Graham Person telah diperkenalkan bagi mengatasi kemalangan dan telah mendapat reaksi positif dari ramai pengunjung hasil pameran Universiti of Victoria ini. 

Graham Person ini memenangi anugerah digital dan berjaya mengatasi projek-projek lain seperti Pokemen GO dari Niantic Inc dan Google Noto dari Google dan juga Monotype, salah satu projek terbesar tipografi.








Kredit : Dezeen

Comments