Ibu Yang Genius...Lihat Apa Yang Ibu Ini Buat Untuk Anaknya

Anda mungkin mengambil jalan yang mudah untuk membuang pakaian lama anda apabila anda bosan dengannya, tetapi seorang ibu genius ini telah melakukan sesuatu yang bijak dengan mengubahsuai baju lama yang tidak diinginkan suaminya untuk dijadikan pakaian anak perempuannya, dan hasilnya sangat menakjubkan dan awesome!.

Stephanie Miller, seorang guru seni dan ibu dari Utah, datang dengan idea selepas suaminya membawa pulang mesin jahit bernilai $50 dari Walmart. "Kami tinggal di apartmen satu bilik dengan ruangan yang sempit bagi saya untuk memasang lukisan saya, cat minyak mempunyai bauan yang tidak sihat, dan saya mengambil masa terlalu lama untuk memasang cat, dengan bayi untuk dijaga," katanya. "Saya menderita serta kemurungan dengan kejutan gaya hidup, saya merasakan seolah-olah kehilangan identiti."

Mesin jahit itu membantu dia untuk menemui semula bahagian kreatifnya, dan setelah belajar bagaimana membuat haiwan boneka, dia mula menonton tutorial YouTube tentang cara membuat pakaian. "Tiga bulan yang lalu, suami saya ingin membuang pakaiannya yang mana itu adalah baju yang baru saya beri kepadanya ketika Krismas," kata Stephanie. "Saya kecewa dengannya kerana ingin membuang sesuatu yang baru. Saya menyimpannya dan beberapa baju yang lain dengan harapan ingin  membuat sesuatu yang bermanfaat. Saya mengikuti pelukis lain di Instagram dan melihat beberapa inovasi mereka dan berfikir, 'saya boleh mencubanya', ujar Stephanie.

Sejak dari itu dia membuat pelbagai pakaian untuk dirinya sendiri dan anak perempuannya, yang suka pakaian kreatif baru mereka. "Anak perempuan saya yang berumur 3 tahun memanggil gaun saya buat 'Dress Elsa'(Frozen) dan memakai pakaiannya setiap minggu," katanya. "Ketika saya sedang mencuci pakaian, anak perempuan saya akan mengambil baju ayahnya dan meminta saya buat pakaian untuknya."

Kawan-kawannya serta jiran telah mendermakan pakaian mereka dan kain lain supaya Stephanie mempunyai bekalan bahan yang tetap untuk bekerja dengannya. Jom lihat pakaian yang telah diubahsuai Stephanie di bawah ini...mana tau jika anda juga turut terinspirasi ;)









Awesome kan? ^_^

Comments