Kasut Yang Boleh Bertukar Dengan Sekelip Mata

Kasut ini sesuai dengan sesiapa yang sering merasai kelainan pada kasut mereka. Syarikat Shiftwear telah merekacipta kasut dimana anda boleh menukar rupa kasut anda dengan menggunakan peranti dari telefon pintar anda. Kasut ini mempunyai skrin yang terbina di dalam dimana anda boleh menukar rupa kasut anda dengan menggunakan wifi atau bluetooth. Ia juga direka untuk tahan hentakan dan dari kotoran kerana skrin ini terbina di dalam satu lapisan lutsinar. Dan jangan risau, kasut ini perlu di caj seperti telefon pintar anda seperti biasa dan boleh ditukar semasa anda berjalan atau berlari pada satu-satu masa. Belum keluar lagi di Malaysia namun kami rasa tidak akan ambil masa yang lama untuk sampai ke sini.





Comments