Teknologi pada zaman sekarang sangatlah menjangkaui minda. Pastinya semasa anda dan kami masih kanak-kanak, kencing dan berak didalam seluar dan bermain kapal terbang kertas. Kami paparkan teknologi terbaru, kapal terbang kertas dengan kawalan dari telefon pintar anda!'
Memperkenalkan PowerUp 3.0 Kapal Terbang Kertas Kawalan Telefon Pintar untuk anda. Dengan harga USD 49.99, anda boleh memiliki dan mengenang kembali zaman anda membaling kertas berisi surat cinta namun terkena pada awek lain. Namun kini, anda mampu mengawal kapal terbang kertas anda dengan telefon pintar anda, tidak kira melalui Iphone ataupun Android, ia mampu mengikut arahan anda. Anda hanya perlu melipat kapal terbang kertas anda mengikut lipatan anda sendiri dan saksikan keajaiban berlaku.
Ia mampu terbang selama 10 minit dengan ketinggian sehingga 180kaki. Jangan risau, ia boleh didapati Lazada dan 11streets.Hebat!
Comments
Post a Comment