'Meet Patagotitan', Dinosaur Terbesar Di Dunia



Pada tahun 2013, Aureliano Hernandez seorang penggembala, ketika bekerja pada hari biasa di ladang beliau, merasa aneh melihat tulang fosil disebalik batu-batu di tempat kerja beliau. Kerana peraturan Argentina amatlah ketat mengenai fosil-fosil dinosaur ini, keluarga Mayo telah menghubungi paleontologi tempatan, namun ketika pasukan paleontologi itu tiba, Hernandez telahpun meninggal dunia. Beliau tidak tahu, yang beliau telah menemui dinosaur terbesar yang pernah ditemui setakat ini.



Fosil yang ditemui adalah sangat besar sehinggakan ia mengambil masa dua minggu untuk mengeluarkan tulang pehanya sahaja yang berukuran 8 kaki. Dinosaur ini merupakan ahli keluarga spesis Brontosaurus. Pemimpin pasukan paleontologi, Luis Carballido dan Diego Pol menganggarkan saiz dinosaur itu jika ia berdiri tegak setinggi 130 kaki dengan anggaran berat sebanyak 77tan. Dalam kata lain, setinggi bangunan 7 tingkat ditambah dengan 14 ekor gajah dan disambung dua trak treler yang bersambung dari hujung ke hujung.



Namun, berita ini tersebar luas dan ramai untuk cuba menjadikan perintis pertama pertemuannya namun Barballido berjaya menghasilkan buku ilmiah serta penerangan lengkap bagi dinosaur ini, serta menamakan dinosaur ini Patagotitan Mayorum. Patagotitan diambil sempena nama tempat dan ladang dimana fosil ini ditemui dan Mayorum diambil dari nama keluarga pemilik ladang ini yang menyediakan tempat untuk Carballido dan ahli paleontologi bekerja bagi mengambil fosil ini.


Patagotitan ini dianggarkan hidup sekitar 101 juta tahun dahulu dan Carballido menemui lagi 6 dinosaur di sekitar kawasan berhampiran fosil yang pertama ditemui..



Comments