Kelab terkemuka dari Perancis, Paris St Germain (PSG) telah berjaya membeli pemain kelahiran Brazil, Neymar Jr dengan yuran perpindahan tertinggi dunia iaitu sebanyak € 222m menjadikan Neymar Jr pemain termahal dunia buat masa ini.
Harga yang PSG bayar pada kelab terkemuka Sepanyol, FC Barcelona jauh meninggalkan harga pemain termahal dunia tahun lepas iaitu Paul Pogba. PSG juga sudah mula menjual jersi bernombor 10 iaitu nombor yang akan dipakai beliau untuk musim akan datang. Terdapat beberapa kontroversi yang menyatakan Ligue 1 (Persatuan Liga Perancis) menghalang pembelian yang amat besar ini namun ia berjaya diselesaikan kerana ejen Neymar Jr ini membayar terus kepada FC Barcelona dan tidak melalui agensi.
Neymar Da Silva Santos Junior atau Neymar Jr ini membuat kemunculan sulung untuk kelab Santos pada umur 17 tahun dimana beliau berjaya membawa 4 trofi utama di Brazil. Beliau pernah memenangi pemain terbaik Amerika Selatan bagi tahun 2011 dan 2012 dan selepas itu berhijrah ke FC Barcelona. Beliau sudah menjaringkan 52 gol bagi 77 kemunculan untuk skuad Brazil.
Berikut adalah pesanan dari Neymar Jr kepada peminatnya di Barcelona.
Comments
Post a Comment