Terdapat sebuah jenaka di Twitter yang diterjemahkan sebagai membeli Nemanja Matic dari Chelsea untuk membantu Paul Pogba adalah seperti mengecaj telefon sebanyak £ 40 juta untuk telefon berharga £ 90 juta.
Musim lepas, Paul Pogba menerima banyak kritikan kerana prestasi yang dikatakan tidak menepati dengan harga sebagai pemain termahal dunia musim lepas.Dan awal pagi tadi, kemunculan pertama Nemanja Matic selama 45 minit dilihat adalah untuk memberi lebih ruang pada Paul Pogba untuk bergerak bebas dan merencana serangan skuad Red Devils. Paul Pogba dilihat mengarahkan seluruh asli pasukan untuk bergerak bagi beliau mengatur langkah dan hantaran bagi pasukan Manchester United menang ke atas Sampdoria 2-0 pada aksi pra-musim mereka awal pagi tadi.
Nemanja Matic pula lebih berwatak kepada pemain tengah yang lebih banyak membantu untuk pertahanan sepertimana Claude Makelele yang pernah beraksi di posisi itu dibawah kendalian Jose Mourinho di zaman kegemilangan Chelsea dahulu.
Manakala Phil Neville menyifatkan sebagai aneh melihat Chelsea dibawah kendalian Antonio Conte seperti sengaja menjual pemain utama mereka kepada musuh seteru mereka.
Comments
Post a Comment