Dari tajuk sahaja sudah cukup mengagumkan bukan? Dewan Sukan ini dibina di Chiang Mai, Thailand dan dibina oleh sebuah firma arkitek tempatan yang sangat mengkhususkan senibina dalam hasil bumi. Dengan ketinggian 17 meter, buluh yang digunakan ini tidak disambung dan bangunan ini dijangka dapat bertahan selama 50 tahun.
Dengan mengambil reka bentuk bunga teratai, Marcus Roseliub dan Tossapun Sittiwong merekacipta bangunan ini bagi memuatkan 300 pelajar dalam satu masa. Bangunan ini meliputi 782 meter persegi (8417 kaki persegi) dan dimuatkan dengan gelanggan bola keranjang dan futsal serta boleh dimuatkan gelanggang badminton dan bola tampar. Ada sebahagian ruang di belakang dewan yang boleh diangkat untuk dijadikan pentas.
Meskipun bangunan ini hanya diperbuat dari buluh, namun ia direka untuk menahan angin kuat, gempa bumi dan bencana-bencana alam lain yang sering melanda Thailand. Buluh ini dipasang di tapaknya sebelum ditarik menggunakan kren untuk dilentur mengikut bentuk yang ditetapkan.
Comments
Post a Comment