Ruffian : Basikal Chopper Eletrikal

Sudah tentu bukan sama saiz dengan sebuah motorsikal jenis chopper, namun anda harus rasa teruja dengan rekabentuk basikal ini. Basikal ini dipasang dengan tangan di Jerman dengan bingkainya menggunakan aluminium kepadatan tinggi. 




Dengan menggunakan rim bersaiz 26" dari Cruzo Classic, ia turut digabungkan dengan pemacu eletrik dan bateri 500Wh. Dengan had laju tertinggi 25/kmj apabila di caj penuh, ia mampu berjalan sejauh 90 km. Dan ia hanya mengambil masa setengah jam untuk mengecaj Ruffian ke kuasa 80%..

Dan perkara yang paling penting, harganya cuma 4995 Euros sahaja. 



Comments