Sejarah Si Raja Pecut : Usain Bolt

Usain St Leo Bolt atau Usain Bolt dilahirkan di Sherwood Content, Jamaica pada tanggal 21 Ogos 1986 dan dinobatkan lelaki terpantas dunia hingga ke hari ini. Dengan gelaran, 'The Lightning Bolt', The Boy Who Learn To Fly', dan memiliki 11 Trofi Juara Dunia, 9 pingat emas Sukan Olimpik dan telah memecahkan rekod dunia sebanyak 3 kali dalam sepanjang karier beliau. 

Kami paparkan gambar-gambar beliau dari awal penampilan beliau hingga ke persaraan beliau. Enjoice!

Memulakan penampilan pertama beliau di pentas antarabangsa di usia 16 tahun, Usain Bolt berjaya memenangi pingat emas acara 200m di Kejohanan Dunia Trek dan Lapangan pada 2002 dan dianugerahkan pingat 'Atlit Yang Paling Bersinar' pada tahun tersebut. Beliau mengulangi kejayaan mengulangi pingat emas bagi acara 200m pada tahun berikutnya.


Pada tahun 2004, Usain Bolt menyertai Sukan Olimpik Athen di Greece, meskipun pulang tanpa sebarang pingat akibat kecederaan 'hamstring'. DIsinilah dikatakan titik permulaan Usian Bolt mengorak langkah dalam kancah olahraga dunia.


Selepas kekecewaan di Olimpik Athen, Usain Bolt kembali bertanding di New York, Kejohanan Grand Prix Reebok pada Mei 2008 dan beliau memecahkan rekod dunia buat kali pertama dalam karier beliau dengan catatan masa 9.72 saat.



Dan pada bulan Ogos 2008 di Olimpik Beijing, Bolt kembali dengan misi menebus kehampaan beliau pada Olimpik Athen yang lalu. Beliau memecahkan rekod dunia bagi acara 200m (catatan masa 19.30 saat) dan memperbaharui rekod dunia acara 100m dengan catatan masa 10,69 saat. Beliau juga menggondol emas ketiga bagi acara 4x100m dalam Olimpik Beijing ini.




Pada tahun berikutnya, 2009, Usain Bolt meneruskan pecutan beliau pada Kejohanan IAAF di Berlin, beliau sekali lagi memecahkan rekod beliau dalam 100m dengan catatan masa 10.58 yang diakui oleh seteru beliau, Tyson Gay sebagai sesuatu yang mustahil. Beliau menggondol 2 emas lagi dengan memecahkan rekod acara 200m (catatan masa 19.19 saat) dan acara 4x100m.



Namun pada tahun 2010, beliau dikalahkan oleh Tyson Gay, di kejohanan dunia DIamond League dalam acara 100m. 


Bolt kembali ke Olimpik 2012 London dan menggondol 3 emas bagi 3 acara kegemaran beliau iaitu 100m, 200m dan 4x100m dan pada Olimpik 2016 Rio, beliau mengulangi dengan menyapu bersih ketiga-tiga acara tersebut.








Comments