Jikalau anda mempunyai duit yang banyak, sudah mencuba segala jenis telefon pintar dan ingin mencuba sesuatu yang baru, Lamborghini kini menawarkan telefon pintar dibawah jenama kereta mewah ini. Ia dinamakan Alpha One dan selari dengan keluaran kereta mewah mereka, harganya ialah USD 2450 (RM 9800).
Dengan kemasan kulit dibelakang telefon pintar ini, ditambah dengan bingkai dari logam cair titanium, logam yang sama digunakan bagi membina kereta-kereta mewah Lamborghini ini. Dengan 4GB RAM serta dilengkapi dengan memori dalaman 64GB dan boleh ditambah memori tambahan sehingga 128GB, ramai pengkritik mengatakan harganya melampaui dari harga normal telefon pintar lain dengan spesifikasi yang setara.
Alpha One ini menggunakan sistem Android Nougat dan sistem prosessor Qualcomm Snapdragon 820 dan juga dilengkapi dengan dwi-sim. Ditambah dengan kamera belakang 20 megapiksel dan kamera hadapan 8 megapiksel.
Dengan Iphone 8 yang dijangka keluar akhir tahun ini dengan harga dalam lingkungan USD 1000 dan Samsung S8 dengan harga dijangka USD 900, Samsung S8 dilihat lebih baik kerana dengan peranti baru yang tidak memerlukan kabel pengecaj. Namun usah anda khuatir, ia hanya dijual di Harrods, UK dan Luxury Boutique House di Dubai.
Comments
Post a Comment