Anda semua pasti mengenali jenama aiskrim Häagen-Dazs bukan? Aiskrim yang telah dijual di pasaraya dan kedai mereka sendiri di serata Malaysia ini yang mempunyai aiskrim bermutu tinggi dengan perasa mewah seperti Mango Smoothie, Yogurt Tart hingga ke aiskrim batang kayu, Häagen-Dazs adalah jenama aiskrim yang sangat diminati ramai.
Namun anda pasti tidak tahu dari mana datangnya nama Häagen-Dazs ini. Semestinya ia bukanlah nama seseorang dari Denmark, meskipun bunyi namanya seakan-akan dari Scandinavian. Akan tetapi ia datang dari dua pendatang dari Poland ke New York pada tahun 1961 bernama Reuben dan Rose Mattus yang telah mengasaskan syarikat aiskrim terkemuka ini. Semuanya bermula apabila Rose Mattus telah bertugas membantu askar Denmark ketika Perang Dunia Kedua dan timbullah nama itu.
Namun sebenarnya, tiada langsung nama Häagen ataupun Dazs di dalam kamus bahasa Danish, malahan tiada juga dalam bahasa Jerman, ianya hanyalah perkataan gabungan dari Denmark, Jerman, Wales, Perancis, Belanda dan Sepanyol yang tiada memberi makna apa-apa. Aneh bukan? Namun sebagai peminat aiskrim Häagen-Dazs ini, anda pasti tahu cara menyebut namanya dengan tepat, atau itu pun anda tidak tahu?
Kredit : Neatorama
Comments
Post a Comment