Jika anda menggunakan telefon pintar Iphone, sudah tentu anda mengenali Siri. Siri adalah salah satu aplikasi pengguna Iphone bagi membantu segala urusan anda melalui suara. Anda boleh mencari maklumat, menghantar pesanan teks, sampai ke menempah makan malam ke restoran terkemuka anda boleh lakukan dengan Siri ini.
Namun, sejak Iphone diperkenalkan, tiada siapa tahu siapakah disebalik suara aplikasi yang banyak membantu jutaan manusia ini. Kami perkenalkan, Susan Bennett, seorang artis suara yang berumur 68 tahun, yang pernah meminjamkan suara bagi filem The Lego Batman Movie. Namun disebalik suara yang menghiasi Iphone 4S dan ke atas, beliau dikatakan tidak menerima sebarang bayaran bagi suara beliau. Ini kerana suara beliau dirakam oleh sebuah syarikat lain pada tahun 2005, sebuah syarikat yang membuat ucapan bertukar menjadi teks dan syarikat ini menjual suara beliau kepada syarikat Apple. Jadi, beliau tidak mempunyai kontrak secara langsung dengan Apple.
Kredit : Neatorama
Comments
Post a Comment