Kita sering dimomokkan dengan kewujudan hantu, roh jahat, saka dan segalanya berkaitan alam mistik yang pasti akan membuatkan bulu roma kita berdiri tegak. Hantu pada asasnya terbahagi kepada dua. Pertamanya ialah ia merupakan sejenis kewujudan tanpa fizikal seseorang yang telah mati. Ia juga dianggap roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas kematiannya. Keduanya, ia merupakan sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia. Dalam kepercayaan masyarakat Melayu, terdapat beberapa jenis hantu atau jin yang dipercayai pernah mengganggu kehidupan manusia. AYN mengajak korang mengembara ke am misteri dan menakutkan yang begitu sinonim dengan masyarakat kita. Jom tengok…
#1 Pontianak
Pontianak dipercayai masyarakat Melayu berasal dari perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Pontianak dipercayai berpakaian serba putih dan mengeluarkan suara hilaian yang menakutkan untuk menggertak mangsanya. Dalam banyak kepercayaan, Pontianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun, sehingga hari ini masih tiada kes Pontianak membunuh manusia.
#2 Polong
Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang biasanye lelaki bertujuan untuk memudaratkan musuh. Hantu Polong dipercayai memakan darah dari jari tuannya. Menurut kepercayaan Melayu, Polong dihasilkan dengan meletakkan darah orang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tu kemudiannya dipuja dengan jampi serapah dalam satu masa tertentu sehingga akan kedengaran bunyi menjerit dari dalam botol tersebut. Pemuja perlu melukakan sedikit jarinya dan memasukkan darah tersebut ke dala botol untuk memberi Polong tersebut makan. Dengan memberi makan, Polong ini terikat dengan tuannya dan akan melakukan apa sahaja untuk tuanya. Polong selalunya. disimpan di dalam botol dan akan dikeluarkan apabila diperlukan sahaja.
#3 Toyol
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu yang dipercayai berasal dari keturunan jin dan syaitan. Toyol dipelihara oleh tuannya untuk tujuan mencuri. Toyol dikatakan berbentuk seperti kanak-kanak kecil dan berperangai juga seperti kanak-kanak kecil.
#4 Pelesit
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memusnahkan musuhnya. Pemelihara Pelesit dikenali sebagai Saka . Pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya. Pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai belalang pelesit, iaitu belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, serta masuk ke rumah mangsa. Pelesit akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsanya apabila mangsanya leka terutamanya ketika tidur.
#5 Hantu Air
Hantu Air ( Hantu Laut ) merupakan sejenis makhluk halus atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk nie dikatakan mampu membahayakan apabila anda bertembung dengannya. Kebiasannya, hantu air dikatakan terapung-apung seperti kayu buruk dan mampu membahayakan jika seseorang menyentuhnya. Ia juga dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang duduk di pinggir air. Hantu ini dipercayai berasal dari makhluk halus yang telah dibuang dan dihanyutkan melalui sungai dan laut
#6 Hantu Raya
Hantu raya dipercayai dipelihara dengan tujuan membantu tuannya melakukan sesuatu kerja dan memudaratkan musuh. Hantu raya dikawal pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa sahaja. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan. Biasanya ia menjelma sebagai tuannya sendiri. Hantu raya dipelihara dengan memberi makan telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Jika tidak dijaga dengan baik, Hantu Raya yang kelaparan boleh menyerang tuannya sendiri. Hantu raya biasanya perlu diwarisi. Sekiranya tak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa
#7 Hantu Bungkus
Hantu Bungkus atau dikenali juga sebagai Hantu Punjut merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan. Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat dan akan bergerak dengan meloncat atau bergolek. Ia mampu bergerak sepantas seiring atau sepantas kereta dengan tujuan mengganggu pemandu kereta tersebut.
#8 Langsuir
Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah yang dipercayai akan merasuk mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Sesetengah pendapat menyatakan, Langsuir berasal dari wanita yang mati semasa atau selepas bersalin. Langsuir dikatakan mampu menyerupai perempuan cantik dan menggoda lelaki agar mengikutnya ke tempat sunyi sebelum berubah kepada rupa asal dan merobek perut atau mencekik leher mangsa serta menghisap darah mangsanya
#9 Bota
Bota merujuk kepada sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah. Ia menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar dari tempat persembunyiannya pada masa-masa tertentu sahaja. Ianya jarang dilihat manusia kerana bersembunyi di dalam tanah. Menurut nenek moyang terdahulu, Bota wujud menyerupai warna tanah dan akan muncul di kawasan berlumpur, di rimbunan buluh kuning dan di kawasan sawah di mana ikan puyu dan tilan selalu ditemui
#10 Bajang
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Bajang merupakan makhluk halus yang dipuja dari mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan makhluk halus yang sering menjelma sebagai kucing. Bajang selalu menyerang kanak-kanak yang boleh mengakibatkan penyakit misteri sehingga mengorbankan mangsanya. Bajang dipelihara dengan memberi makan telur dan susu.
#11 Bunian
Bunian ialah makhluk halus dari golongan jin yang dikatakan wujud dalam kumpulan yang besar, sama seperti manusia. Bunian dipercayai mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia. Ada juga yang tinggal berdekatan dengan masyarakat manusia dan berkongsi rumah dengan manusia. Bunian juga dipercayai berkawan dan menolong manusia dan selalu berdamping dengan bomoh atau pawang. Bunian selalu dikaitkan dengan kehilangan manusia yang menyebabkan manusia hilang dan sesat di dalam hutan
#12 Hantu Jepun
Hantu Jepun merujuk kepada bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia Ke-II, iaitu semasa Jepun menawan Malaysia. Hantu Jepun selalunya dilihat bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa kepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya. Kadangkala, ia kelihatan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam dengan bunyi derapan kasut but tentera.
#13 Hantu Galah
Hantu Galah dikatakan berbentuk manusia tetapi dengan saiz yang besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia selalu ditemui dalam hutan tebal dan hanya kelihatan kakinya sahaja. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan mangsa hanya akan terserempak dengannya pada waktu malam iaitu semasa bersandar, memegang atau melalui celah kangkangnya. Manusia yang ingin bersahabat dengan Hantu Galah boleh mencabut bulu betisnya dan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongan
#14 Jin Tanah
Jin Tanah dikatakan menjaga seseuatu kawasan ( tanah ). Ia akan mengganggu sesiapa yang membuka tanah baru untuk tujuan pertanian dan sebagainya
#15 Orang Minyak
Orang Minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar. Menurut dongeng lama, Orang Minyak nie tersalah menuntut ilmu dan menyebabkan die menjadi hitam. Dia hanya akan kembali pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan dipukau dan ditanda pangkah pada mukanya selepas dinodai.
#16 Penanggal
Penanggal atau dikenali juga sebagai Tengelong merujuk kepada wanita yang menuntut ilmu hitam untuk sesuatu kepentingan. Sesiapa yang menuntut ilmu nie mampu menceraikan kepala dengan badan diorang dan kepala mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitis melalui tali perut dipercayai berbisa dan boleh menyebabkan kudis kepada sesiapa yang terkena. Penuntut ilmu ini biasanya menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut diorang agar kecut sebelum bercantum kembali kedalam badan asal diorang. Untuk membongkar rahsia penuntut ilmu ini, tubuhnya boleh diterbalikkan kerana kepalanya akan tersambung secara terbalik apabila bercantum semula. Ketika Penanggal terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan yang terhasil dari urat perut miliknya yang terburai
P/s: Kita sebagai umat Islam, wajib mempercayai alam ghaib, namun kita jangan sesekali menyukutukanNya dengan menuntut ilmu hitam yang kebiasaannya berkait rapat dengan senarai hantu di atas.
sumber :kakitrending
Comments
Post a Comment