Dari Ulat Beluncas Kepada Kepompong

Kami sangat meminati kartun animasi dari Korea bertajuk Larva. Dan di dalam satu episod Larva, pasangan ulat ini bertukar menjadi kepompong dan menjadikan kami teruja untuk berkongsi dengan anda video ini. Kami sertakan juga serba sedikit fakta tentang kitaran hidup seekor ulat khas untuk anda.



# Rama-rama biasanya bertelur di pokok yang selalu mereka makan, ini bagi membantu ulat yang sudah menetas mudah untuk mencari sumber makanan. Hanya 1 daripada 100 telur sahaja yang dapat menetas di atas faktor telur rama-rama menjadi makanan unggas/binatang lain atau terkena serangan penyakit.

# Setelah menjadi ulat, mereka akan membesar dan terus membesar hingga ke tahap maksimum dan bertukar menjadi kepompong. Lapisan kulit mereka akan mengeras dan disaluti benang halus dan itulah yang dijadikan kain sutera. Ada kepompong yang hanya memerlukan beberapa hari untuk bertukar menjadi rama-rama namun ada juga mengambil masa hingga setahun!.

# Terdapat kira-kira 17500 spesis rama-rama dan rama-rama mampu mengepakkan sayapnya 5 kali dalam sesaat.




Comments

  1. Xn Games | Xn Games | Xn Games | Xn Games | Xn Games
    Xn Games is the leading online casino for the 메리트카지노 latest and greatest in the entertainment 온카지노 industry. Play 메리트 카지노 쿠폰 more than 5000 games online!

    ReplyDelete

Post a Comment