Fenomena Rakit Terapung Daripada Semut

Seperti mana yang terpapar di berita-berita dunia, Amerika Syarikat sedang dilanda Taufan Harvey di Houston, Texas. Usaha-usaha pemindahan dan penyelamatan masih giat dijalankan hingga ke saat ini.



Berikutan dengan taufan ini, fenomena baru telah muncul apabila penduduk-penduduk di Texas gempar dengan kehadiran rakit-rakit terapung yang terbina dari semut api. Semut api ini berpaut diantara satu sama lain dan membentuk seperti bulatan-bulatan kecil dan terapung di sekitar kawasan banjir dan membahayakan penduduk sekitar.



Bulatan-bulatan rakit ini bersaiz agak besar dan mereka amat menyukai banjir,  menurut pakar Entomologi Alex Wild. Manakala bagi pakar Entomologi, Linda Bui yang pernah mengkaji fenomena yang serupa semasa Taufan Katrina pada tahun 2005 berkata semut api ini mempunyai dos racun yang lebih tinggi dari biasa dan bersifat sangat agresif.



Kredit : The Atlantic

Comments

Post a Comment